Nasihat

Nasihat ayahda dan bonda.


Nasihat 1.
Binalah bayt al-Muslim.
Wahai anakku!
Hendaklah engkau berdua mengingati akan tujuan sebenar perkahwinan yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Perkajwinan adalah ikatan kukuh bagi pembentukan sebuah keluarga dan pengkekalan zuriat keturunan manusia. Menerusi institusi keluarga  ini terpikul amanah bagi pembinaan insan solih yang kelak akan menjadi pelanjut kepada risalah dakwah yang diwariskan oleh para anbiya’ dan mursalin SAW.. Disinilah letaknya kekuatan Islam. Dari sinilah terbentuk-nya sebuah nasyarakat Muslim.
Oleh yang demikian, jadikanlah rumah tanggamu sebagai bayt al-Muslim yang terpancar didalamnya nur dan hidayah, mawaddah dan rahmah, atau cahaya dan petunjuk, cinta dan kasih saying. Didiklah dirimu dan keluargamu dengan akidah yang benar, ibadah yang sahih dan akhlak yang terpuji. Hindarlah dirimu dan keluargamu daripada perbuatan syirik, bidah dan maksiat kerana ia menyebabkan rumahtanggamu terhindar dari rahmat Allah dan berada dalam kehidupan yang sempit.  Allah SWT. mengingatkan:
Terjemahan-nya:  Sesiapa yang berpaling daripada mengingati-Ku, maka baginya kehidupan yang sempit. (Surah Taha:20/124).
Jadikanlah rumahtabggamu sebagai medan bagi mencari mardatilah atau keredaan Allah. Hayatilah Islam dalam pengertian yang sebenarnya dalam  rumahtanggamu.

Popular posts from this blog